Wednesday 30 January 2013

             Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah, dengan izinNya dapat lagi aku menikmati segala nikmatNya sehingga ke hari ini..akhirnya kini baru aku terasa lega kerana assignment yg bertimbun2 telah pun siap dihantar..kalau x, haishh..serabut betul kepalahotak aku nie..Dalam pada kesibukkan dan ke'serabutan' aku dok menyiapkan assignment tu, tiba2 aku terfikir " apalah saham aku nak dibawa ke sana bila aku mati nanti? "(err..ade kaitan ke dgn assignment??)..ini semua disebabkan aku mula perasan dgn tahap kesihatan aku yg semakin kurang baik lately. Kian hari nafas kian sesak, dada terasa sempit..Ya Allah, dugaan apakah ini??Dan setiap kali dlm kesukaran bernafas itu aku terfikir, betapa sakit dan azab nya sakaratulmaut itu..Ya, tiada siapa yg dpt menafikannya namun hanya amalan yg menjadi penentu. Amalan?? bagaimanakah amalanku selama ini?mampukah ia menjadi penjamin utk aku memperolah syurga Allah yg mahal itu? atau adakah aku hanya layak menjadi penghuni lembah penyiksaan itu??Nauzubillah...
           
          Mengenangkan kembali kisah silap, nafas menjadi semakin sesak..aku menjadi takut bila mengingat semula khilaf ku selama ini.. Ya, tiada manusia mulia yg tiada dosa dan tiada manusia berdosa yg tidak boleh menjadi mulia..Allah itu Maha Penyayang..Alhamdulillah, cerita penuh noda itu telah aku tinggalkan kini..Segalanya membuatkan aku semakin takut..aku seolah2 tiada sebarang persediaan utk menghadap Kekasih abadiku di sana..mungkin ada yg hanya melihat perkara ini sekadar sebelah mata..mengapa??kerana kita beranggapan kita masih muda..banyak lagi masa yg ada..namun ingat, MUDA BUKANLAH SYARAT UTK MATI..Ajal maut itu rahsia Allah.. Dia boleh mengambilnya bila2 masa saja..tp bagaimana dgn kita yg belum bersedia??dosa yg terpaksa dipikul ini tidak terkira banyaknya,tp pahala utk dibawa kesana kita sendiri tidak mampu menjaminnya..Jangan kerana kita terlalu leka, sehingga lupa batasan dan pegangan agama lantas membiarkan Malaikat Atid sibuk menjalankan tugasnya, namun Malaikat Raqib diam bersahaja kerana tiada kebaikan yg boleh dicatatkan utk kita..Nauzubillah..Ya Allah, berilah aku peluang mennutup semula kekurangan dan kecacatan amalanku supaya aku tidak menjadi salah seorang hambaMu yg rugi.....Aminn...